Sejarah Sekolah

Sekolah Kebnagsaan Temong terletak di atas lo ni.2472 di Mukim Chegar Galah, Kuala kangsar. Bangunan asal sekolah ini dibina oleh penjajah inggeris pada tahun 1906.

Asalnya ia merupakan sebuah bangunan kayu beratapkan genting dan berlantaikan simen berukuran 38 kaki x 32 kaki beserta sebuah rumah guru.

Pada tahun pertama pembukaannya hanya terdapat seramai 40 orang murid dari kampung – kampung yang berhampiran. Guru Besar pertamanya ialah Encik Tuah yang berasal dari Kampong Kota Lama.

Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Pangkalan kerana ia merupakan tempat persinggahan bot yang berulang alik dari hulu sungai ke Bandar kuala kangsar.

Sekolah ini terus membangun sehingga ke hari ini dan sejarah pembanguanannya yang telah menjangkau 102 tahun ini diringkaskan seperti berikut :-

1948 - Murid bertambah dan rumah guru dijadikan kelas

1953 - RIDA membina sebuah bangunan yang boleh memuatkan 49 orang murid

1973 - 4 buah kelas, bilik guru, pejabat, tandas dan kantin dibina.

1984 - Sekolah mendapat sebuah padang bola yang dibeli oleh kementerian Pelajaran

1990 - Sebuah bangunan mengandungi 4buah kelas