Wednesday, April 28, 2010

1 Mei 2010 : Selamat Menyambut Hari Pekerja 2010

Selamat Menyambut Hari Pekerja
"Bekerja adalah suatu ibadat, barang siapa yang menjalankan dengan ikhlas maka kesenangan akan muncul kelak" InsyaAllah...

Selamat menyambut hari pekerja untuk Warga SK Temong

24 APRIL 2010 : Program Anti Dadah Peringkat Sekolah

SK Temong telah mengadakan Program Anti Dadah Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

Program dijalankan pada :-
Tarikh : 24 April 2010
Masa : 7.40 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dewan SK Temong

Dengan Tema : 1 Malaysia Membanteras Dadah

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti :
  • Majlis Bacaan Yassin
  • Tazkirah
  • Tayangan Slaid Anti Dadah
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Melukis Poster
  • Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Gambar Aktiviti semasa Program Dijalankan

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH

  


TAZKIRAH BERSAMA USTAZAH SITI SHAHERA

 

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER
           

PEMENANG MEWARNA TAHAP 1

  


PERTANDINGAN SAJAK TAHAP 1 DAN TAHAP 2

   

TAYANGAN SLAID BERKENAAN ANTI DADAH OLEH USTAZ FAIZUL AIZAR

Saturday, April 10, 2010

26 MAC 2010 - Majlis Mesyuarat PIBG & Ceramah KeIbuBapaan

Majlis Mesyuarat PIBG & Ceramah KeIbuBapaan telah diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Temong
Masa : 3.00 Petang

Majlis dimulakan dengan ceramah KeIbuBapaan oleh penceramah jemputan. Pelbagai input yang berguna telah disampaikan dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Seterusnya mesyuarat PIBG dijalankan. Pelbagai isu dibangkitkan agar semua urusan bejalan dengan lancar dikemudian hari.





   

12 MAC 2010 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H

“Tema : Memantapkan Ukhwah Mempekasakan Ummah 1431H ”

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H telah diadakan dengan jayanya oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi melengkapkan program Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut iaitu :-
  • Ceramah Maulidur Rasul serta kuiz
  • Persembahan Power Point Sempena Sambutan Maulidul Rasul SK Temong daripada para pemenang
  • Pertandingan Hafazan
  • Pertandingan Tilawah Al-Quran
  • Pertandingan Nasyid
  • Pertandingan Poster
***Pertandingan Membina power point dilaksanakan dalam kumpulan. Terdapat 9 kumpulan mengambil bahagian iaitu terdiri daripada murid tahap dua (2). Setiap kumpulan terdiri daripada tiga (3) orang murid .

 
     
   
   
   

11 FEBUARI 2010 - Majlis Temasya Olahraga Tahunan Ke-18

Majlis Temasya Olahraga Tahunan Ke 18, SK Temong

Tempat : Padang SK Temong
Masa : 2.30 – 5.30 Petang
Tarikh : 11.02.2010

Sambutan Majlis Temasya Olahraga Tahunan ke-18 telah diadakan dengan meriahnya dengan kehadiran para tetamu jemputan, ibubapa serta penduduk setempat. pelbagai aktiviti telah diadakan. Antara aktiviti yang diadakan semasa majlis berlangsung ialah :-
  • Acara pebarisan mengikut rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan Murid PraSekolah
  • Bacaan Ikrar oleh semua murid.
  • Nyanyian lagu NegaraKU
  • Acara Murid PraSekolah
  • Acara Olahraga Murid Tahap 1
  • Acara Olahraga Murid Tahap 2
  • Acara penduduk kampung
  • Acara Ibubapa
  • Acara mengutip gula-gula Murid PraSekolah
  • Majlis Penutup dirasmikan oleh mantan GB
  • Majlis penyampaian hadiah serta anugerah Olahragawan dan Olahragawati
       

13 JANUARI 2010 - Majlis Pesaraan Guru Besar SK Temong

Sambutan Majlis Pepisahan Guru besar telah di adakan di sekolah kebangsaan Temong. Antara tetamu yang hadir adalah wakil daripada pejabat pendidikan daerah (PPD) kuala kangsar, guru-guru besar serta guru-guru. Selamat Tinggal & Jasa mu Dikenang....